CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE PERCUMA!

Nak Join ahli Percuma tapi tak tahu cara? sini ada jawapannya ^^

PETUA HILANGKAN DEMAM SELSEMA DENGAN CEPAT

Nak tahu petua orang dulu-dulu dan petua moden sekarang untuk demam selsema..jom check it out ^^

MENU DIET SARAPAN PAGI POPULAR

Menu Sarapan pagi kami yang popular semestinya Set Mighty Triple Gems ^^

PANDUAN SET KULIT CANTIK SHAKLEE

Jom jengah macam mana nak cantik bermula dari dalam ^^

Monday, 20 October 2014

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

I don't want to let my life as a woman pass me by. There's a time to work, there's a time to be young and crazy, and there should be a time to enjoy motherhood. I'm actually looking forward to that.

Bismillah, Alhamdulillah jumpa lagi di entri yang ke 6 untuk cabaran blogging hehehe. Yeaaah, kami masih menyahut cabaran walaupon entri kali ni is the hardest one among the rest. Gile ko, celah mane nak sharing pengalaman sendiri kalau diri sendiri pon belum ber baby lagi. Baby besor ade laaa hehehhe. Haih, jangan pk lain, hehehe jom3 enjoy usaha kami2 berkongsi kebaikan yang best-best je untuk uolls taw. 

01/06/2012 - malam berinai

21 Oktober 2014
Dear Diary,

It's been, 2 Years and 4 months since Mashy & Mr.Nick diijabkabulkan. Maaf andai kata entri kali ni emo sikit hahahha (sebak sendiri, poyo jekk) Pasangan mana yang tak nak dikurniakan zuriat penyambung keturunan, pewaris agama dunia sampai akhirat, permata tanda wujudnya kasih sayang antara weolls berdua. Tapi belum rezeki, nak buat macam mana hehehhe. (jap ae, tarik nafas dalam-dalam, ok jom!) Memandangkan Mashy sendiri belum ada experience ada baby,breasfeed baby, berjaga malam untuk baby, Mashy share pengalaman kengkawan most of them seusia Mashy yang dah berumahtangga dan cepat sampai rezeki zuriatnya tau tau tau (doa, cepat-cepatlah Kak Ateen dapat baby, nanti share testimony dia dengan baby ehheheheh) 

Setahu Mashy, normally mommy gojez yang breastfeed baby kadang-kadang came across dengan beberapa isu, antaranya, kurang susu, susu kurang pekat, baby tak nak menyusu badan, kurang masa dan tak kurang jugak yang kurang pengalaman (iolls yang kelompok last for sure! hehhehe) Most of them tercari-cari milk booster, kaedah mudah breastfeed, tips dan petua pennyusuan dan tak kurang juga yang terpaksa bagi baby susu formula (don't judge! rezeki masing-masing kan?) Kat sini, berdasarkan pembacaan, dan sharing kengkawan, Mashy nak share sikit laaa, Kebaikan Share Penyusuan Shaklee ni, mana lah tahu membantu kan?


'Set Penyusuan Shaklee'


set penyusuan shaklee
Energizing Soy Protein

ESP sumber protein dalam susu ibu 


Umum tahu betapa superbnya Best Seller Product ni memberi 1001 kebaikan antaranya sebagai penambah tenaga yang lebih lama kerana mempunyai glisemik indeks  yang rendah, ESP ni juga membantu penghasilan sel-sel baru dalam badan, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Setahu Mashy protein dan kalsium merupakan kompisisi utama dalam susu ibu kan? :) so bagi ibu yang menyusukan baby uolss, ESP merupakan sumber protein terbaik untuk susu ibu yang akan diberikan kepada baby somel uolls tau. Lengkap dengan 9 amino acid yang penting untuk badan. Curlass kan?? 


set penyusuan shaklee
Vita-lea Iron Formula

Vita-Lea Kawalan Tekanan Darah


Mutivitamin lengkap dengan 28 vitamin dan minerals yang kaya dengan zat besi membantu mengawal tekanan darah si ibu,  insyaAllah memberikan impact kesihatan yang baik buat both parties samaada ibu atau baby somel. Ibu yang mengamalkan diet supplement yang sihat  jugak mampu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat.


Kurus Cantik Meriah
Lecithin, Vita C & Alfalfa - Bonus Kurus Cantik Meriah 

Tiga serangkai ni kalau diamalkan together-gether during penyusuan, berbaloi-baloi kebaikannya. Kebanyakan mommy yang baru lepas melahirkan baby somel mengalami peningkatan berat badan kan (ooppss heheheh), selain usaha membakar kalori melalui penyusuan why don't uolls amalkan pengambilan Lecithin, selain mampu membantu membakar lemak-lemak dalam badan, Lecithin jugak melembapkan kulit, baik untuk iq dan ingatan. Maklumlah lepas giving birth tu, ada sesetengah mommy yang ade simptom 'baby's blues' atau 'short term memory lost' hehehe, that's why Lecithin ni membantu. Ouh ye, Lecithin jugak menghasilkan kolin dan inositol untuk untuk perkembangan otak baby tau!

Sustained Release Vita C pulak membantu bab-bab meningkatkan imun samaada mommy atau baby somel. Selain tu, terbukti vitamin c helps to reduce kemurungan atau bahasa orang lama-lama 'meroyan' lepas bersalin. Haaaaa, bonus bonus bonus! Kulit pon jadi lebih anjal bila mengamalkan Vita C ni secara konsisten, sebab vitamin c kan collagen booster. Gebu gebas lepas bersalin memang mantop. Cik abang pon makin sayang gtteww. 

Alfalfa Complex yang weolls panggil 'Raja Herba' terkenal sebagai milk booster membantu merangsang penghasilan susu ibu sebab Alfalfa ni kaya dengan tumbuhan terbaik untuk keperluan tubuh badan kita. Selain tu, Alfalfa ni buat badan rasa ringan sebab bertindak sebagai agen detoxification segala toksin dalam badan, so buang jugak segala angin, alergi dan sebagainya, sesuai untuk mommy-mommy yang baby somel nya ade ekzema. Jangan tak tawu, Alfalfa ni pon ala-ala kacip patimah uppmhhh merapatkan keintimanku - (eh pinjam tagline sumber ayu pulakk) suke suke suke (tepuk tangan laju-laju) heheheh. Tak rugi kan consume? 



B-complex & Ostematrix - Kembar Anti Stress & Anti Kemurungan

(Drumroll) Last but not least! Twin pack yang weolls gelar 'Happy Vitamins', taaadaaaa..! Yang ni rasanya tak susukan baby pon wajib amik tau. Nak kurangkan stress, nak cukup tidur, cukup rehat, inilah suppplement yang boleh kite semua consume sebagai ikhtiar. After all, B-complex sangat baik untuk menghasilkan sel darah merah untuk baby, Ostematrix pulak kaya dengan kalsium dan magnesium untuk pertumbesaran tulang, dan gigi baby somel! Yeaaaaahhh! 


So how? Nampak tak betapa ku curahkan 200% effort tau study bab ni semata nak share kebaikan sambil-sambil tambah ilmu pengetahuan sendiri, kot-kot ada rezeki nak consume Set Penyusuan Shaklee ni nanti ehheheheh. Aaamiinn. Doa-doakan kami tau! Till then. Assalammualaikum. Siomsiked. 


Cabaran Blogging bersama GenkiMomma , My Info Vitamin , Vita Moon , MyFreshVita



21/10/2014
14:19
Mashy Bestie














Saturday, 18 October 2014

Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma

Success In This Industry Is Not In Finding The Right Person, But Becoming The Right Person - Dr. Forest C. Shaklee


Hai geng-geng gorjes..untuk cabaran yang ke-5 ni..kita nak cerita kat uollss yang tertanya-tanya macam mana ya cara nak dapatkan keahlian shaklee secara percuma ni?..mesti ada yang nak tahu kan..tapi malu nak tanya..than pendam di lubuk hati yang paling dalam (haa gitu)..tak apa..jom story dengan kita ^^




Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma
Jom Jadi Ahli - Goggle Pic


19 October 2014
Dear Diary,

Korang yang nak jadi ahli mesti dah rasa sendiri shaklee effect yang korang dapat kan dan ada yang dah berkongsi rasa dengan keluarga, kawan-kawan, saudara-mara dengan semua lah..so apa kata uolss daftar ahli dan rasai sendiri benefit yang weolss dah rasa ^^ macam mana nak jadi ahli percuma? macam ni...

Buat pembelian sebanyak 200 point uv (unit volume)

kita cerita macam mana okey..senang je..apa kata korang kumpul order dengan kawan-kawan or family ataupun untuk makan sendiri pun boleh, tak kisah lah mana-mana pun.. dalam sekitar 200 point uv (unit volume) bersamaan dengan RM 680 nilai pembelian macam tu lah lebih kurang dalam 1 resit..untuk layakkan korang dapat (free member rm65), (cash bonus bernilai RM30+)..kat situ je dah save sampai rm100..kalau tak tahu macam mana nak dapatkan semua tu..kita boleh bagi suggestion kat korang..




cara dapat keahlian shaklee percuma
Beli 6 ESP (Free Member)

Contoh 1 : Beli ESP Promo bulan ni (october) - 6 Tong X RM 150 (Retail price)  = RM 900 (Retail Price) (dapat free 1 tong lagi hanya untuk bulan ini sahaja) dekat sini je dah untung setong lagi + rebate cash,tu belum kira harga ahli lagi tu (nak tahu kenalah jadi ahli dulu)..UV (point) pula kiraan macam ni 1 tong ESP = 39uv jadinya 6 tong x 39uv = 234uv (uv lebih dari 200 so automatik layak mendaftar ahli secara percuma)


ATAU


cara dapat keahlian shaklee percuma
Beli 3 SCP (Free Member)

Contoh 2 : Beli 3 kotak Collagen Powder - 3 kotak x RM 298 (Retail Price) = RM 894 (Retail Price), kat sini dah dapat rebate cash,tu belum kira harga ahli lagi tu (nak tahu kenalah jadi ahli dulu)..UV (point) pula kiraan macam ni 1 kotak SCP = 74 uv x 3 kotak = 222 uv (uv lebih dari 200 so automatik layak mendaftar ahli secara percuma)

ATAU


cara dapat keahlian shaklee percuma
Beli 2 Vivix (Free Member)

Contoh 3 : Beli 2 Botol Vivix - 2 botol x RM 475 (Retail Price) = RM 950 (Retail Price),kat sini dah dapat rebate cash + free postage,  tu belum kira harga ahli lagi tu (nak tahu kenalah jadi ahli dulu)..UV (point) pula kiraan macam ni 1 botol vivix = 118 uv x 2 = 236 uv (uv lebih dari 200 so automatik layak mendaftar ahli secara percuma) 


Senang kan, ni antara contoh-contoh belian untuk korang refer..tak semestinya beli ni je dapat ahli free..untuk belian produk shakleee yang lain pun boleh..yang penting kena dengan syarat wajib..minimum 200 point uv (unit volume) ^^



Sedikit Boleh jadi Banyak - Goggle Pic



Antara kelebihan Menjadi Ahli shaklee

kita nak cerita sikit apa benefit yang korang dapat kalau korang join ahli Shaklee ni..bukan suka-suka suruh join tau..banyak kelebihannya..tak rugi pun..

Pertama, korang boleh beli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah (Jimat sampai 15%-25% tau) sangat 'wow' kan..bestnye!! lagi...
Kedua, korang dah lah consumer tegar Shaklee, walaupun untuk makan sendiri je korang pun layak dapat bonus setiap pertengahan bulan jugak, kira macam cash back gitu..syok!!..lagi..ada..
ketiga, dari makan sendiri bila dah rasa bonus, korang pun boleh je nak buat income dari bershaklee ni..macam kitorang..kedai online dibuka 24/7 hanya dirumah..best kan..tak teringin ke? ^^
keempat, korang boleh bantu keluarga dan saudara - mara terdekat untuk beli produk shaklee dengan harga keahlian korang, dari situ korang pun dapat point uv (unit volume) terkumpul than dapat lah kumpul untuk bonus bertingkek-tingkek..awesome kan..ada lagi..
kelima, tak payah nak simpan stock bebanyak kat rumah, kalau rajin boleh terus terjah branch shaklee berdekatan, kalau kurang rajin..ONLINE di www.shaklee2u.com.my kan ada, semua kat hujung jari..click - click settle..barang terus di hantar ke depan pintu..^^


cara dapat keahlian shaklee percuma
Start to be Great - Goggle Pic

Banyak kan kelebihan jadi ahli ni..tak perlu tunggu-tunggu, tak perlu nanti-nanti..jom join weoolss..kita story-story panjang lebar lagi..tata..Assalamualaikum!



Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Awek Cute, Love &








08.30 19/10/2014
Aten Bestie


Thursday, 16 October 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Health is not valued till sickness comes.

Hola holi cikebum cikebum! Semangat weyh nak story pasal demam selesema ni sebab ni lerr penyakit feberet iolls before ber Shaklee! Pantang berhabuk sikit, mula rase bengal je kepala, time tu memang terus cari port nak melepek, cari ketiak Mr.Nick nak menyelit. 'Baba, mie caket ni uhuk uhuk uhuk' ehhehehe. Time demam selesema, manje kemain macam nak meninggal ngko, mujur encik somi tawu petua-petua dolu kala nak bagi cepat sikit budak mengade dia cepat baik hehehe. Cekidout!

cold fever
screen take two take one! ACTION!!! heheheh

Dear Diary,
17 Oktober 2014

Tadi dah intro dah kenapa nak menconteng pasal demam ni, kebetulan, cuaca pon tak berapa elok lately ni kan? Kejap hujan, kejap panas, kejap ribut, kejap kering. Badan pon jadi pening tak pasti nak adapt cuaca yang mana. Time-time cenggini, memang ramai yang jatuh sakit, lagi-lagi demam. Nah, kita share sama-sama petua orang dolu kala bila demam melanda. Kata orang tua-tua, petua ni lagi berkesan sebab PETUA lebih tua dari dokter. Yoolaaaah..


PETUA NENEK BAIK DEMAM SELESEMA


a) KUNYIT HIDUP

cold fever
Kunyit Hidup


Kalau budak kecil yang demam selesema, ambil kunyit hidup, gesek kan pada periok batu, pati kunyit tadi sapukan pada batang hidung sampai ke kening. Logiknya, kunyit ni bersifat panas dan mengeringkan, so selesema yang dok meleleh-leleh kompem kering. Tapi kalau mak atau bapak budak yang selesema nak di selet jugak kunyit ni kat muka, sanggup ber kuning pergi kerja, apa salahnya. Try lah! heheehh. iolls buat, lima hari pon kuning lagi, mujur dok umah je taw! 

b) BERTANGAS 

Haaa, jangan fikir lain pulak! Bertangas kat sini tak menggunakan nasi macam dalam cerita hantu tu. Ngoto je hehehe. Bertangas ni khas untuk demam selesema. Ramuannya, seperiuk air panas, daun jintan hitam, lada hitam beberapa biji, halia diketuk, bawang india (bawang kecik-kecik tu, pijak bawangnya kalau nak afdal, ketuk pon boleh sebenarnya heheeh saja bagi orang sakit exercise) dan garam kasar. Lepas jerang air, tuangkan dalam periok, campurkan semua bahan-bahan tadi dalam periok tu, ambil kerusi kecil yang membolehkan kita duduk ala-ala mencangkung, serkop atau berselubung (maaf bahasa johor sangat-sangat ehheheh) supaya badan kita diwapkan ala-ala bersauna haaaa. Kalau rasa petua bertangas macam old-school sangat, boleh la gelarkan sauna instead gteww. 

c) BAWANG PUTIH

cold fever
bawang putih


Ni simple, once rasa macam nak selesema, ketuk beberapa ulas bawang, lepas tu bawak bawang tadi kat tempat-tempat yang kurang aliran udara. Kata orang dulu-dulu, bawang putih ni ala-ala air-freshner kononnya. Nanti bawang tu kecut, gantikan dengan bawang baru. InsyaAllah orang yang selesema dalam rumah, cepat baik! 

d) SUP TAUGEH 

cold fever
Taugeh

Tak sure lah kenapa, tapi yang pasti dan terbukti, sup taugeh memang best hirup panas-panas masa demam selesema melanda. Lepas hirup sup taugeh ni, demam selesema tu laju-laju lari beb! Kejap je baik. Nak best lagi, letak banyak-banyak daun sup! Mantop! Hirup macam tu atau nak bagi tenaga, makan dengan nasi panas-panas. Nak sodap, tumiskan dengan rencah ikan bilis, tambah tahu sikit! Uihhh sodap tu! Ni obat tekak kalau dah sedap cenggini hehehe, tapi boleh je try.. InsyaAllah kebah.



e) SUP AYAM & KENTANG


cold fever
Sup Ayam & Kentang


Yang ni common la kan, kalau kat negara omputih tu, asal anak kena cold fever je, 'come let's get you some chicken soup' acceeehh! Tapi memang berkesan, lagi-lagi tambah kentang, cepat kebah demam selesema. Mungkin combination of ayam & kentang bagi energy dan menghangatkan balik badan.

f) LAI CHI KONG PANAS


Lai Chi Kang

Haaaa yang feberet. Tak demam pon sanggup buat-buat demam bila tekak teringin nak minum. Buang panas badan kata mama Mashy. Bila kita demam, samaada demam panas ke demam selesema, suhu badan kita mesti meningkat, haaa laichikang atau laichikong ni ada bahan-bahan macam barli, kurma, kismis, gula kabung yang boleh buang panas dalam tau. Ada tempat, untung-untung dapat sarang burung lagi! Dap nye dap nye (ikot style Ateen tiru Awisy punya suara) hehehehhe. So bila rasa-rasa macam dah nak demam, dah boleh sangat lah singgah mana-mana tempat yang ade jual minuman hebad ni ehehhehe. 

g) LIMAU SUAM

Last but not least, yang ni pon mama punya petua, bila demam selesema, tekak tak selesa, hidung tersumbat, perah limau nipis dalam air suam, dan minum. InsyaAllah, rasa segar limau tu mengurangkan ketidakselesaan especially tang tekak & hidung tu insyaAllah. 

Well, rasanya tiap kali demam dulu memang ni jelah Mashy & family amalkan, tapi sekarang sejak dah consume Nutriferon & Vita C, nak demam tunggu bejanggut baru datang attack sesekali. Tak pon demam bila kena spring cleaning rumah. Demam mengada-ngada namanya ehhehe.



Sedikit info mengenai Nutriferon. 

imune booster
Nutriferon Shaklee

- Membantu meningkatkan interferon di dalam badan secara semulajadi
- Dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954
- Campuran interferon dipatenkan elemen tumbuh-tumbuhan penggalak yang mengandungi ekstrak labu, safflower, benih Asian Plantain dan Ekstrak Japanese Honeysuckl.
- Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imun hasil manfaat Nutriferon.
- Formula unik dan berpaten hanya ekslusif di Shaklee.
- Dibuat menurut piawaian terbaik melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian dan potensi prestasi.

So that's all for today, kita kongsi tips aneh pelik bin ajaib di entri lain ye? Selamat mencuba! Muehehehhe. Stay beauty & healthy! Meh siomsiked! Take care sweety. Till then, Assalammualaikum!

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma , Cahaya Vitamin,  Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria 


17/10/2014
21.46
Mashy Bestie


Projek Pikat Perot Suami

So long as you have food in your mouth, you have solved all questions for the time being.

Hahaaaahhhh! Sementara tunggu next entri dalam cabaran blogging yang weolls join dipublished mengikut jadual, Mashy & Ateen sempat la blogwalking pepagi hari sambil-sambil collect order! Ouhye, lupe nak kabo ke uolls, bulan ni tengah hangaaaaat consumer Mealshake macam weolls dan mommy hebad join pulon kaut promo buy 3 free 1 Mealshake. Penjimatan Berganda taw! 



yayasan mykasih
Beli 3 PERCUMA 1

Dear diary,
16 Oktober 2014

Leka blogwalking, tengok jam dah nak zohor, lauk basah belum bersiang. Semalam shopping dengan jiran sebelah, siapa lagi kalau bukan Ateen hehehhehe. Syiok betul hero-hero menolak troli, weolls mengaut memenuhkan troli heheheh. Cadangnya nak masak sama-sama untuk lunch. Hujung-hujung, lepas zohor baru siap masak. Walaupon masih campah (masih belum sedap masakannya) weolls memang suka menyepahkan dapur, alaaaa macam main pondok-pondok ehheheh. Hari ni, menu sihat weolls, Ayam Masak Paprik Sayur! Saju laaa nak share resipi konon-konon temanya. Hehehhehe. Orang tua-tua kata, nak pikat hati suami, pikat perotnya dulu! (patot lah perot hero2 weolls kedepan, terpikat sangat lah kot muahahahahha)


Resipi mudah Ayam Masak Paprik


Ayam Masak Paprik yang dibanjiri sayur!!

Bahan-bahan (Hidangan 4 pax)

Ayam 1/2 ekor (potong 12)
Carrot 1/2 batang (potong ikot suke, kitorang hiris bulat kerat 2 hehehe)
Kacang Panjang (patah-patahkan)
Bunga Kubis (kitorang ganti brokoli)**
Bawang besar/merah 2 biji (hiris bulat-bulat)
Bawang putih 2 ulas (ketuk)
Serai sebatang (ketuk)
Halia seruas (ketuk)
Daun limau purut 3-5 helai
Limau nipis (sebelah je)
Cili padi 5-7 batang (depends nak pedas ke tak - ketuk)
Cili/Lada Basah 2-4 batang (tumbuk lumat)
Sos tiram/Tepung ubi - jadikan gluten untuk pekatkan kuah
Sos cili/tomato
Garam secukup rasa

**sebab bunga kubis takde, weolls ganti dengan brokoli, jadi nak sedap, brokoli tu rendam dulu dalam air panas bersama garam, baru rase lemak sikit.

Cara masak - paaaaling simple, most important kena faham seni masak ni maknanya campak-campak masak dan siap!

1) Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih, bawang merah yang dihiris dan cili padi. Agak-agak dah naik bau, angkat asingkan kejap.

2) Tumis lada yang dah lumat ditumbuk, masukkan semua jenis sos, serai dan daun limau purut sampai naik bau. Perahkan limau nipisdan tambah garam secukupnya.

3) Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan semula bawang-bawang dan kacau rata.

4) Masukkan carrot, kacang panjang, dan brokoli bila ayam dah separuh masak. Kacau rata dan siap!

Senangkan??
Atok Mashy kata, air tangan isteri ni boleh ikat selera suami. Ikat celah mana tak pasti la pulak. Heheheh. So, lepas ni, kalau sudi boleh lah uolls try! Happy cooking geng! Tunggu entri seterusnya taw! Much love. Siomsiked.



17/10/14
00.14
Mashy Bestie





Wednesday, 15 October 2014

Menu Diet Sarapan Pagi Popular

  Follow The Laws Of Nature And You'll Never Go Wrong - Dr. Forest C. Shaklee



Hai geng, jumpa lagi kita..cabaran blogging ni buat kita teringat zaman-zaman belajar dulu..ala-ala buat asignment gitu..yang bagusnya dapat motivated diri untuk lebih berdisiplin..ececeh..hari ini nak cerita pasal Menu Diet Sarapan Pagi Popular..apa yang fofuler sangat tu..eh! Excited sampai jadi bebelit lidah gitu nak sebut fofulernya kan..haaa..jom story dengan kita ^^


Menu Sarapan Diet Popular
Menu Sarapan Diet Popular - Goggle Pic



15 October 2014
Dear Diary,

Selalu time-time pagi ni tak semua perut yang boleh terima sarapan yang berat-berat kan..ada jugak tu yang sampai tak sempat sarapan langsung (mana taknya bangun lambat jadi tak jumpa pun time breakfast) propa sangat..tau-tau dah lunch dah..memang tak lah nak sarapan tu..ish-ish rugi tau (sambil gegeleng kepala haa) hehe..sebenarnya tak perlu pun sarapan yang berat-berat cukup sekadar ada karbohidrat, protein dan sedikit lemak pada makanan..dekat mana nak dapat sumber ni semua? tak susah, roti, putih telur dan kuning telur pun ada..nak dapatkan tenaga yang cepat sebaiknya ambil roti putih (ala-ala pakar pemakanan gituu,curlass)..simple kan..tak leceh pun..korang tahu tak? sarapan tu sangat penting tau, tapi ramai yang buat endah tak endah je kan..korang tak tahu ke kesan kalau tak bersarapan?..tak apa, ni kita nak bagi tahu ni..

Kesan dari korang yang suka skip sarapan ni, metabolisme badan korang akan menurun tau sebabnya badan yang tak dapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga dengan mengurangkan metabolisme dan korang akan rasa cepat penat disebabkan pembakaran kalori yang kurang kalau nak dibandingkan dengan korang bersarapan..haaa..dah tahu kan..nak skip lagi tak lepas ni? (semua geleng kan) hehe..

Bagi kita pulak, kita suka sarapan yang simple..yang penting ia mudah, lazat (yummy), dan berkhasiat gitu..nak tahu apa dia? Meyh kita nak share, menu diet sarapan pagi popular yang kita selalu amalkan ialah Taaaraaaa!!!!


Mangosteen Energizer - Shaklee Malaysia Page

Hehe..tak-tak bukan ni..saja kasi kecur korang ^^ Apa lagi, mestilah kita pilih set Triple Gems yang hot tu,hoyeay!!! (suka betul) kita minum Energizing Soy Protein (ESP) yang 'Non_GMO' tu lah (kene highligh sikit bagi nampak)..fofuler sangat dah ni..tak payah cerita lebih-lebih..semua orang tahu dah apa tu ESP..dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan 9 amino asid yang penting dalam tubuh tau..dah tentu-tentu ada protein kan..mampu milik?..of course la..pulak bulan ni promo..meletops uuollss..

Lepas tu campur dengan Meal Shakes French Vanilla, yang terkandung 24 jenis vitamin, mineral dan zat tu..lagi tu bulan ni ada kempen membeli sambil beramal..wahh!! best lah kan..dah lah sedap diminum, dapat pulak buat amal jariah..budak-budak ramai gila suka kot (termasuk kita budak separa abad ni)..hehe..pergh!! melting meleleh tak hingat..dapnye!! Dapnye!!! (Ikot gaya awisy)

Lagi..ada lagi ni..campur pulak Performance..yang kaler orange tu..terkandung lebih 67% otot glikogen dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan pantas dan tuntas ngko..hebat tak? Curlass..cara bancuh pula senang bebenar lah.. ambil 1 sudu setiap satu than campurkan sekali dalam 1 bekas isi plain water or air sejuk than shake-shake (sesambil tu boleh nyanyi lagu omputeh shake it off,shake it off gitu)..hehe..senang gila kan? keperluan sarapan pun terkandung dalam set Triple Mighty Gems ni haa..pergh!! Pergh!! Pergh!! terus terasa-rasa kat tekak ni kesedapannya, sedap gilos, tak hingat orang kiri kanan dah bila minum..kalau mashy minta sikit boleh buat gaduh tarik-tarik rambut tau, tak nak bagi punya pasal (macam tu sekali nak membayangkan kesedapannya tu haa) haha..ni nak belanja pic sikit kat korang..bagi telan air liur 40 kali tengok ni..hehe ^^

Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Set Triple Gems - BestieSheTeen


Haa..nampak tak tu..buat dalam bekas besar..tu kes buat lebih lah tu..standby kalau mashy minta (sediakan payung sebelum hujan kaedahnya)..hehe..minum Set Triple Gems ni kalau pada kita lah..sampai ke petang kenyang tau, silap-silap boleh bawak ke malam, bulan puasa sesuai sangat kalau nak ambil..tu pada kita lah sebab sistem imun dalam badan setiap kita berbeza-bezakan..betul tak?..haa..sebelum terlupa..nampak tak pic yang kita kasi korang kecur tu..tu resipi dari page Shaklee Malaysia tau..kretif kan..macam-macam boleh buat dengan vitamin Shaklee ni..sebab tu 'I love Shaklee to the moon and back'..kalau korang rajin apa kata korang cuba..boleh buat untuk kita sekali..hehe..okey! rasanya cukup sampai sini dulu..jumpa pada entri akan datang okey..selamat mencuba!..tata..Assalamualikum ^^


*Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Baby Kawaii Store , Miracle Vitamins & LoveHutLadyVitamin



Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







0.51 15/10/2014
Aten Bestie

Monday, 13 October 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Think of all the beauty still left around you and be happy.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruangan ceconteng Bestie hehheheh. Hari ni turn Mashy sahut cabaran untuk artikel ke dua yang kebetulan memang favourite Mashy. Siapa yang tak suka bila sebut bab-bab nak cantik, nak melawo, nak melaram dan yang sewaktu dengannya kan? Ouh ye, sebelum terlupa, cantik ni subjektif, bukan fizikal je, so sit back and relax, cherish all the beauty still left around us!



Dear Diary,
13 Oktober 2014

Bismillah, syiok-syiok telan Set Kulit Cantik hari ni, Mashy terasa nak kongsikan sedikit tips-tips kecantikan melalui pengambilan supplemen atau nutrisi, maklumlah weolls consume so dah jadi macam kewajipan nak share dengan uolls, mane tawu kot-kot uolls minat nak try lepas ni. Hehehhe boleh lah rodger weolls nanti!

Set kulit cantik Bestie
Set Kulit Cantik Shaklee


PERTAMA - MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Haaa sebelum cerita pasal supplemen apa uolls boleh consume, iolls nak pesan, uolls waaaajib minum plenty of plain water once uolls nak consume Set Kulit Cantik ni, sebab kebanyakan supplemen dalam Set Kulit Cantik ni, larut air antaranya Vita C & B-Complex. Meanwhile, Vita E Complex larut lemak. Nak kulit gebu gebas boleh dapat bonus kurus cantik beb! So be prepared, buat kira-kira awal, 25kg berat badan memerlukan 1litre air. Iolls kene minum 1.25litre air je, uolls acane?

KEDUA - PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Uolls pernah dengar kan, badan kita consist of 25% protein? So sebelum tengok supplement yang lain, jom try ESP Shaklee sebagai sumber protein dalam diet harian uolls. pssst psst! Meh nak share, Mashy discover antara amino asid yang terdapat dalam ESP Shaklee ialah Lysine dan Threonine yang membantu pembentukan kolagen juga pembaikan tisu. Selain itu keduanya juga membantu menganjalkan kulit dengan penghasilan elastin. Terbaik ye dok?? Iolls wajib shake setiap pagi, selain untuk mendapatkan kulit gebu gebas, ESP memberi tenaga lebih lama gttew hehehe. 

KETIGA - ANTIOKSIDA DAN RADIKAL BEBAS

Pengoksidaan dan radikal bebas boleh merosakan sel dan juga tubuh badan uolls, so kat sini Sustained Release Vita C sangat diperlukan. Pengalaman Mashy dan Ateen sendiri yang 'membakar' kulit masa join aktiviti mandi-mandi, kami ikhtiarkan kembali pencerahan kulit kami dengan Vita C, sorry masuk bakul angkat sendiri, weolls da tak 'kebakaran' lagi heheheh. Selain tu, vitamin c juga mampu merangsang pembentukan kolagen babeyh sekaligus melembap dan mengekal kulit awet muda. Curlass ngko!


KEEMPAT - ELAKKAN STRESS 

b-complex


Always happy! Avoid tekanan dan stress. Pernah dengar orang tua-tua pesan, 'kalau suka marah-marah cepat tua tau?' Haaa dah betul sangat lah tu. Kajian menunjukkan kita menggunakan 43 otot muka ketika berkerut berbanding hanya 16 otot muka ketika senyum tau?

Pengambilan B-Complex merangsang aliran hemoglobin yang mengandungi oksigen untuk kulit , vitamin B turut membantu mengawal mood dan mengurangkan tekanan sekaligus mengurangkan penggunaan otot muka. So jangan kata, B-Complex tak penting tau. Supplement wajib yang Mashy tak pernah missed! 

Above all, uolls kena lah konsisten dalam pengambilan supplement yang uolls nak consume, as for your information, badan kita memerlukan 90 - 120 hari untuk bertindak balas dengan pemngambilan nutrisi manakala kulit wajah memerlukan sekurang-kurangnya 21 hari untuk menampakkan hasil. Senyum selalu sayang! Best wishes and good luck! Happy glowing sweetheart! Till then, siomsiked! 


Cabaran Blogging bersama GenkiMomma , Min Aina Ila Aina , Saya Jutawan Sihat , MyChibiBox  


15.56
13/10/2014
Mashy Bestie






Saturday, 11 October 2014

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

'The Best Way To Predict The Future Is To Create It' - Dr. Forest C.Shaklee


Hai geng, lama tak mengarang rasanya..hari ini di atas cabaran kita nak bagitau lah dekat uuolls kenapa kita pilih Shaklee ni? Apa yang best sangat masuk ahli Shaklee ni..haa..Shaklee tu nak kene bold sikit..bagi orang nampak..kikiki..ok sambung ceritanya^^ Enjoy your reading ^^



Im Your Shaklee Indipendant Distributor


Dear Diary,
12 October 2014

Pertama-tamanya kita pilih Shaklee ni sebab kita kenal Shaklee dari kakak kita sendiri (yang sekarang dah jadi upline)..kita ni ada resdung tambah pulak rabun (macam sudah jatuh ditimpa tangga gitu) haha..Jadinya kita start consume Alfalfa Complex, B Complex , Vita C dan Carotomax..Dalam masa beberapa bulan boleh nampak ada perubahan, tak kerap selseme tak tentu masa, ialah tengah-tengah panas selseme, apa ke halnya kan..hehe..Dan kita punya rabun pun berkurangan sikit demi sikit..Gile ngko best kot..Jadi dari situ dah in love dah dengan Shaklee ni sebab ikhtiar berhasil walaupun sedikit ^^

Kedua pulak, masa dah in love tu belum jadi ahli lagi cuma consumer tegar je..hehe..bila da best rasa sendiri so mestilah berkongsi dengan kawan-kawan terdekat, suami (masa tu boyfriend lagi) hehe..dengan semua lah, sampai lah dapat order yang membuatkan kita daftar ahli free je secara tak sengaja (ada cara nanti kita cerita entri akan datang)..lagi lah best, tak payah keluar duit nak jadi ahli masa tu, upline terus daftarkan..bermula 26/12/2013 kita sah sebagai Pengedar Shaklee Skudai johor Bahru..yeay! yeay! dah jadi ahli (nampak tak ecxited kat situ)..^^



Dr Forest C. Shaklee - Goggle Pic

Ketiganya, bila dah daftar ahli kononnya lah untuk makan sendiri je, sambil-sambil berkongsi lah kebaikkan dan keperluan makanan tambahan ni pada kawan-kawan semua..yelah kan dah rasa sendiri jadi teruja..bila pertengahan bulan masuk pulak bonus Shaklee dari hasil belian bulan lepas ..kira lagi durian runtuh hoi..dah lah free member dapat lagi bonus..seronok gilos ngko..rezeki Allah S.W.T nak bagi..Alhamdulillah..(jerit suka) ^^

Keempat pulak sebabnya, bila dah jadi ahli ni rupenya banyak benefit dan ilmu..kita dimasukkan dalam group rahsia (hanya ahli dijemput)..wahh!! gile best, masuk je situ terus automatik dapat mak,atok,nenek,piut,miut semua lengkap..dari situ banyak ilmu yang kita dapat dari duniawi sampailah ke syurgawi..ecehh..class-class yang di buat oleh leader-leader ni syok ooo..kalau yang suka belajar coaching depan-depan, boleh pergi bengkel nutrisi, health talk dekat branch yang di kendali oleh pakar nutrisi Shaklee..ada pulak leader-leader pun rajin turun padang buat macam-macam bengkel dan class untuk kita..kalau yang malas nak keluar-keluar banyak na alasan tu, duduk je rumah diam-diam sambil golek-golek ke masak ke jaga anak ke, boleh je join webinar coaching online..dapat juga ilmu kan..ni semua hak EXCLUSIVE ahli Shaklee hokey..best kot..memudahkan dan menyenangkan..^^

Kelima pula, yang paling bestnye Shaklee ni biz family, suami didaftar sebagai partner isteri( gila tak best)..bila ada class ditemani suami..tak payah lah nak set time dengan pengasuh ke tinggal anak (kita tak payah set)hehe, nak kena tinggal suami ke..semua tu tak payah..hangkot je semua datang class..best tak? best kan..jenis pulak kita ni tak suka jauh dengan suami..part ni lah yang paling best..buat apa-apa dengan suami..nak tolong pos ke ambil barang kat Branch ke c.o.d ke semua dengan suami (hari-hari bercinta)..hehehe..sweet sawet katenye..hahaha ^^



Shaklee 1 Stop centre - Goggle Pic


Keenam pulak tu, bila dah dalami ilmu MLM Shaklee ni memang tak sama dengan yang lain pada kita..bukan cari-cari orang dapat duit..lepas tu orang atas goyang kaki..It's not MLM Shaklee..dekat Shaklee kita belajar siapa buat dia dapat, siapa usaha dia dapat lebih..kita leader jadi kalau kita goyang kaki 'anak' kita yang akan lari meninggal kan kita..kita tetap ditempat yang sama jika kita tak berusaha..Adil kan..MLM Shaklee bukan kerana duit semata tapi dekat sini kita belajar kasih sayang, silaturrahim, ilmu dunia, ilmu akhirat yang diterapkan oleh 'mak' kami..jadi bila kita buat sesuatu bukan kerana duit semata, kita akan yakin Bos besar kita adalah Allah S.W.T..Dia yang memberi rezeki kepada yang dikehendaki..jadi tugas kita share sebanyak mana kebaikkan dan enjoy berbisness ^^

Ketujuh yang last but not least, kita dah berShaklee hampir 10 bulan ni sebab utama nak ubah hidup sendiri, dari makan gaji ke terima gaji dari diri sendiri, ubah kehidupan family dan membantu ummah..ada banyak benda kita perlu buat..kalau dulu kita susah kita rasa orang sekarang macam kita dulu..kita bantu..dari situ kita dapat satu kepuasan dalam berbisness..bukan hanya menaiktaraf hidup sendiri tapi membantu orang lain jugak..dan tanpa sedar Shaklee melengkapi kita dari hujung rambut sampai hujung kaki..pelbagai jenis produk dari makanan tambahan, skin care, penjagaan rambut sampai ke home cleaning..1 stop centre gitu..^^

I love Shaklee - Goggle Pic

Macam banyak dah dibebelkan, pendek kata 'I Love Shaklee To The Moon And Back' hehehe^^ Tata..Assalamualikum ^^


*Cabaran Blogging bersama GenkiMomma,Celik Nutrisi, Vitamin Kita  & Dhiya Vitamins


Disclaimer :

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




11.53 am 12/10/14
Aten Bestie